Hendaklah kalian berubat dengan kayu gaharu

TEKS BAHASA ARAB

تداووا من ذات الجنب بالقسط البحري والزيت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kalian berubat dengan kayu gaharu ini dan juga menggunakan zaitun.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1175, hadis nombor 5942. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زيد بن أرقم – رضي الله عنه – مرفوعا: ((تداووا من ذات الجنب بالقسط البحري والزيت)). [ت، ك، الطيالسي، حم، ((الضعيفة)) (3396)]

(Lemah)
Daripada Zaid bin Arqam RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah kalian berubat dengan kayu gaharu ini dan juga menggunakan zaitun. [Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan beliau, al-Hakim dalam Mustadrak, al-Tayalisi, dan Imam Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 3396]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs