TEKS BAHASA ARAB
استاكوا وتنظفوا، وأوتروا فإن الله وتر يحب الوتر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hendaklah kalian bersugi dan membersihkan diri, serta laksanakanlah perbuatan tersebut dengan bilangan ganjil, kerana Allah menyukai yang ganjil.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1190, hadis nombor 6030. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سليمان بن سعد مرفوعا: «استاكوا وتنظفوا، وأوتروا فإن الله وتر يحب الوتر». [ش، ((الضعيفة)) (939)].
(Lemah) Daripada Sulaiman bin Sa’ad secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah kalian bersugi dan membersihkan diri, serta laksanakanlah perbuatan tersebut dengan bilangan ganjil, kerana Allah menyukai yang ganjil. [Riwayat Ibn Abi Syaibah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no: 939].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.