Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Hendaklah kalian bersugi dan membersihkan diri, serta laksanakanlah perbuatan tersebut dengan bilangan ganjil

Teks Bahasa Arab

اسْتَاكُوا وَتَنَظَّفُوا، وَأَوْتِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ وِتْرٌ يُحِبُّ الْوِتْرَ.

Teks Bahasa Melayu

Hendaklah kalian bersugi dan membersihkan diri, serta laksanakanlah perbuatan tersebut dengan bilangan ganjil, kerana Allah menyukai yang ganjil.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1190, hadis no. 6030. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سليمان بن سعد مرفوعا: «استاكوا وتنظفوا، وأوتروا فإن الله وتر يحب الوتر». [ش، ((الضعيفة)) (939)].

(Lemah) Daripada Sulaiman bin Sa’ad secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah kalian bersugi dan membersihkan diri, serta laksanakanlah perbuatan tersebut dengan bilangan ganjil, kerana Allah menyukai yang ganjil. [Riwayat Ibn Abi Syaibah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no: 939].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.