Hendaklah kalian bersedih kerana sesungguhnya ia adalah kunci kepada hati

TEKS BAHASA ARAB

عليكم بالحزن فإنه مفتاح القلب، قالوا: ‌وكيف ‌الحزن؟ قال: أجيعوا أنفسكم بالجوع وأظمئوها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kalian bersedih kerana sesungguhnya ia adalah kunci kepada hati. Mereka bertanya: "Bagaimana bersedih itu?” Baginda menjawab: Laparkan diri kalian dan dahagakanlah ia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 596, hadis nombor 3072. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس –رضي الله عنهما– مرفوعا: ((عليكم بالحزن فإنه مفتاح القلب، قالوا: ‌وكيف ‌الحزن؟ قال: أجيعوا أنفسكم بالجوع وأظمئوها)). [طب، ((الضعيفة)) (1468)].

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): ((Hendaklah kalian bersedih kerana sesungguhnya ia adalah kunci kepada hati. Mereka bertanya: "Bagaimana bersedih itu?” Baginda menjawab: Laparkan diri kalian dan dahagakanlah ia.)) [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1468]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs