Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Hendaklah kalian bersedih kerana sesungguhnya ia adalah kunci kepada hati

Teks Bahasa Arab

علَيكُم بالحَزَنِ فإنَّهُ مِفتاحُ القلبِ، قالوا: وكيفَ الحَزَنُ؟ قالَ: أجيعوا أنفسَكُم بالجوعِ وأظمِئوها.

Teks Bahasa Melayu

Hendaklah kalian bersedih kerana sesungguhnya ia adalah kunci kepada hati. Mereka bertanya: "Bagaimana bersedih itu?” Baginda menjawab: Laparkan diri kalian dan dahagakanlah ia.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 596, hadis no. 3072.

(ضعيف) عن ابن عباس –رضي الله عنهما– مرفوعا: ((عليكم بالحزن فإنه مفتاح القلب، قالوا: ‌وكيف ‌الحزن؟ قال: أجيعوا أنفسكم بالجوع وأظمئوها)). [طب، ((الضعيفة)) (1468)].

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): ((Hendaklah kalian bersedih kerana sesungguhnya ia adalah kunci kepada hati. Mereka bertanya: "Bagaimana bersedih itu?” Baginda menjawab: Laparkan diri kalian dan dahagakanlah ia.)) [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1468]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.