Hendaklah kalian berpuasa

TEKS BAHASA ARAB

عليكم بالصوم؛ فإنه محسمة للعرق، مذهبة للأشر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kalian berpuasa kerana sesungguhnya dengan berpuasa dapat memotongkan denyutan kamu (kehendak kamu itu), dan menghilangkan sifat kesombongan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1183, hadis nombor 5997. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن شداد بن عبدالله أن نفرا من أسلم أتوا النبي – صلى الله عليه وسلم – ليستأذنوه في الاختصاء فقال: ((عليكم بالصوم؛ فإنه محسمة للعرق، مذهبة للأشر)). [الحسين المروزي في ((زوائد الزهد))، أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (4111، 5836)]

(Lemah)
Daripada Syadad bin ‘Abdullah, bahawa sesungguhnya kabilah daripada Aslam datang bertemu dengan Nabi Muhammad SAW untuk memohon keizinannya untuk memandulkan dirinya lalu Nabi berkata: Hendaklah kalian berpuasa kerana sesungguhnya dengan berpuasa dapat memotongkan denyutan kamu (kehendak kamu itu), dan menghilangkan sifat kesombongan.
[Riwayat al-Husain al-Mawarzi dalam Zawaid al-Zuhud, dan Abu Nuaym dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 4111, 5836]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs