Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اتقوه كما يُتَّقى السَّبُعُ؛ إذا هبط واديًا فاهبطُوا غيرَه.
Teks Bahasa Melayu
Hendaklah kalian berhati-hati (dengan penyakit kusta) sebagaimana kalian berhati-hati dengan binatang buas. Jika ia (penyakit) turun ke sesuatu lembah, maka kalian turunlah ke lembah yang lain.
Sahabat Perawi
- Mahmud bin Labid
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1172, hadis no. 5927. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Mahmud bin Labid, telah berkata: Yahya bin Al-Hakam telah menjadikan aku ketua ke atas Jurash, maka aku pun memunculkan diri, lalu mereka memberitahuku bahwa Abdullah bin Ja’afar memberitahu mereka bahawasanya Rasulullah SAW berkata kepada orang yang menghidapi penyakit kusta: “Hendaklah kalian berhati-hati (dengan penyakit kusta) sebagaimana kalian berhati-hati dengan binatang buas. Jika ia (penyakit) turun ke sesuatu lembah, maka kalian turunlah ke lembah yang lain”. Maka aku berkata kepada mereka: “Demi Allah, jika Ibnu Ja’afar yang menceritakan kepada kamu tentang ini, dia tidak menipu kamu. Setelah aku dipecat (dari jawatan) di Jurash, aku pun pergi ke Madinah datang berjumpa Abdullah bin Ja’afar, aku bertanya: "Wahai Abu Ja’afar, apakah sebuah hadis daripadamu yang penduduk Jurash menceritakan kepadaku? [kemudian aku menceritakan hadis tersebut]? Dia berkata: "Mereka telah menipu, demi Allah. aku tidak memberitahu mereka tentang itu. Sesungguhnya aku telah melihat Umar bin al-Khattab dihidangkan dengan sebuah bekas berisi air, lalu beliau memberikannya kepada Mu'aiqib, dia merupakan lelaki yang telah terkena penyakit itu, dan dia pun minum daripada (bekas) itu, kemudian Umar mengambil (bekas itu) dari tangannya, lalu beliau meletakkan mulutnya di tempat (bekas) mulut orang (sakit) itu, sehingga dia meminumnya. Maka aku tahu sesungguhnya Umar melakukan hal sedemikian untuk lari (elakkan dirinya) daripada sesuatu (sangkaan) jangkitan penyakit.” [Riwayat Ibnu Sa’d, Riwayat Ibn Abd al-Bar dalam ((al-Tamhid)). Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2088]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman