Hendaklah kalian berbekam dengan nama Allah

TEKS BAHASA ARAB

أنه أرسل رسولا فقال: ادع لي حجاما و لا تدعه شيخا و لا صبيا وقال: احتجموا باسم الله على الريق؛ فإنه يزيد الحافظ حفظا، ولا تحتجموا يوم السبت؛ فإنه يدخل الداء ويخرج الشفاء، واحتجموا يوم الأحد، فإنه يخرج الداء ويدخل الشفاء، ولا تحتجموا يوم الاثنين؛ فإنه يوم فجعتم فيه بنبيكم – صلى الله عليه وسلم -، واحتجموا يوم الثلاثاء؛ فإنه يوم دم، وفيه قتل ابن آدم أخاه، ولا تحتجموا يوم الأربعاء؛ فإنه يوم نحس، وفيه سال عيون الصبر (!)، وفيه أنزلت سورة الحديد، واحتجموا يوم الخميس؛ فإنه يوم أنيس، وفيه رفع إدريس؛ وفيه لعن إبليس، وفيه رد الله على يعقوب بصره، ورد عليه يوسف، ولا تحتجموا يوم الجمعة؛ فإن فيها ساعة لو وافت أمة محمد؛ لماتوا جميعا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya dia menghantar seorang utusan lalu berkata: Hendaklah kalian berbekam dengan nama Allah sebelum makan pada waktu pagi, kerana sesungguhnya akan menguatkan ingatan para huffaz (para hafiz), dan janganlah kalian berbekam pada hari Sabtu, kerana sesungguhnya pada hari tersebut termasuk dalam hari penyakit dan penawar akan keluar (hilang), dan hendaklah kalian berbekam pada hari Ahad kerana sesungguhnya pada hari tersebut penyakit akan keluar (hilang) dan penawar akan masuk (terdapatnya penawar pada hari tersebut), dan janganlah kalian berbekam pada hari Isnin kerana sesungguhnya hari tersebut ialah hari kamu bersedih dengan (kewafatan) Nabi SAW, dan hendaklah kalian berbekam pada hari Selasa, kerana sesungguhnya pada hari tersebut adalah hari darah (menumpahkan darah/ hari berbekam) dan juga pada hari tersebut berlakunya pertumpahan darah anak Adam dan saudaranya, dan janganlah kalian berbekam pada hari Rabu, kerana sesungguhnya hari tersebut membawa kepada kesialan (kutukan), dan padanya mengalir mata kesabaran, dan padanya juga diturunkan surah al-Hadid, dan hendaklah kalian berbekam pada hari Khamis, kerana sesungguhnya pada hari tersebut merupakan hari beramah mesra, dan padanya juga diangkat Nabi Idris, dan padanya juga Iblis dilaknat, dan padanya juga Allah menjawab permintaan Nabi Ya’kub untuk disembuhkan penglihatannya, dan Allah menjawab permintaan Nabi yusuf, dan janganlah kalian berbekam pada hari Jumaat kerana sesungguhnya disana ada satu waktu sekiranya dimatikan umat Nabi Muhammad pada waktu tersebut, maka mereka semua akan mati.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1185, hadis nombor 6009. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن عبد الله بن عمر أنه أرسل رسولا فقال: ادع لي حجاما و لا تدعه شيخا و لا صبيا وقال: ((احتجموا باسم الله على الريق؛ فإنه يزيد الحافظ حفظا، ولا تحتجموا يوم السبت؛ فإنه يدخل الداء ويخرج الشفاء، واحتجموا يوم الأحد، فإنه يخرج الداء ويدخل الشفاء، ولا تحتجموا يوم الاثنين؛ فإنه يوم فجعتم فيه بنبيكم – صلى الله عليه وسلم -، واحتجموا يوم الثلاثاء؛ فإنه يوم دم، وفيه قتل ابن آدم أخاه، ولا تحتجموا يوم الأربعاء؛ فإنه يوم نحس، وفيه سال عيون الصبر (!)، وفيه أنزلت سورة الحديد، واحتجموا يوم الخميس؛ فإنه يوم أنيس، وفيه رفع إدريس؛ وفيه لعن إبليس، وفيه رد الله على يعقوب بصره، ورد عليه يوسف، ولا تحتجموا يوم الجمعة؛ فإن فيها ساعة لو وافت أمة محمد؛ لماتوا جميعا)). [أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (6780)]

(Batil)
Daripada Abdullah bin Umar sesungguhnya dia menghantar seorang utusan lalu berkata: Hendaklah kalian berbekam dengan nama Allah sebelum makan pada waktu pagi, kerana sesungguhnya akan menguatkan ingatan para huffaz (para hafiz), dan janganlah kalian berbekam pada hari Sabtu, kerana sesungguhnya pada hari tersebut termasuk dalam hari penyakit dan penawar akan keluar (hilang), dan hendaklah kalian berbekam pada hari Ahad kerana sesungguhnya pada hari tersebut penyakit akan keluar (hilang) dan penawar akan masuk (terdapatnya penawar pada hari tersebut), dan janganlah kalian berbekam pada hari Isnin kerana sesungguhnya hari tersebut ialah hari kamu bersedih dengan (kewafatan) Nabi SAW, dan hendaklah kalian berbekam pada hari Selasa, kerana sesungguhnya pada hari tersebut adalah hari darah, dan juga pada hari tersebut berlakunya pertumpahan darah anak Adam dan saudaranya, dan janganlah kalian berbekam pada hari Rabu, kerana sesungguhnya hari tersebut membawa kepada kesialan (kutukan), dan padanya mengalir mata kesabaran, dan padanya juga diturunkan surah al-Hadid, dan hendaklah kalian berbekam pada hari Khamis, kerana sesungguhnya pada hari tersebut merupakan hari beramah mesra, dan padanya juga diangkat Nabi Idris, dan padanya juga Iblis dilaknat, dan padanya juga Allah menjawab permintaan Nabi Ya’kub untuk disembuhkan penglihatannya, dan Allah menjawab permintaan Nabi yusuf, dan janganlah kalian berbekam pada hari Jumaat kerana sesungguhnya disana ada satu waktu sekiranya dimatikan umat Nabi Muhammad pada waktu tersebut, maka mereka semua akan mati.
[Riwayat Abu Nu’aym dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 6780]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs