Hendaklah kalian beragama dengan agama orang-orang tua

TEKS BAHASA ARAB

عليكم بدين العجائز.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kalian beragama dengan agama orang-orang tua.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 124, hadis nombor 199. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: لا أصل له بهذا اللفظ. قال الصغاني: وحديث إذا كان آخر الزمان، واختلف الأهواء، فعليكم بدين أهل البادية والنساء. موضوع.

Al-Sakhawi telah berkata: Tiada asal baginya dengan lafaz ini. Al-Saghani telah berkata: Dan hadis; Apabila akhir zaman dan bercanggahnya hawa nafsu, maka hendaklah kalian beragama dengan agama orang kampung dan orang perempuan. Palsu.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.