Hendaklah engkau berniaga pakaian kerana orang yang menjual pakaian itu sukakan manusia berada dalam kebaikan dan keberkatan

TEKS BAHASA ARAB

بم تأمرني أن أتجر؟ قال: ((عليك ‌بالبز))، ثم سأله: بم تأمرني أن أتجر (ثلاثاً) ، قال: ((عليك ‌بالبز، فإن صاحب البز يعجبه أن يكون الناس بخير وخصب)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki bertanya Nabi SAW, "Perniagaan apakah yang akan engkau akan perintahkan aku untuk menjalankannya?" Nabi menjawab: ((Hendaklah engkau berniaga pakaian.)) Kemudian dia bertanya lagi: "Perniagaan apakah yang akan engkau akan perintahkan aku untuk menjalankannya?" sebanyak 3 kali. Baginda bersabda: ((Hendaklah engkau berniaga pakaian kerana orang yang menjual pakaian itu sukakan manusia berada dalam kebaikan dan keberkatan.))

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 610, hadis nombor 3173. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: سأل رجل النبي – صلى الله عليه وسلم -: بم تأمرني أن أتجر؟ قال: ((عليك ‌بالبز))، ثم سأله: بم تأمرني أن أتجر (ثلاثاً) ، قال: ((عليك ‌بالبز، فإن صاحب البز يعجبه أن يكون الناس بخير وخصب)). [خط، ((الضعيفة)) (3884)].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Seorang lelaki bertanya Nabi SAW, "Perniagaan apakah yang akan engkau akan perintahkan aku untuk menjalankannya?" Nabi menjawab: ((Hendaklah engkau berniaga pakaian.)) Kemudian dia bertanya lagi: "Perniagaan apakah yang akan engkau akan perintahkan aku untuk menjalankannya?" sebanyak 3 kali. Baginda bersabda: ((Hendaklah engkau berniaga pakaian kerana orang yang menjual pakaian itu sukakan manusia berada dalam kebaikan dan keberkatan.))
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3884].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs