Hendaklah di antara kalian jika ingin tidur berkata

TEKS BAHASA ARAB

ليقل أحدكم حين پريد أن ينام: آمنت بالله، وكفرت بالطاغوت، وعد الله حق، وصدق المرسلون، اللهم! إني أعوذ بك من طوارق هذا الليل، إلا طارقا يطرق بخير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah di antara kalian jika ingin tidur berkata: “Aku beriman dengan Allah SWT dan aku ingkar (kufur) kepada Taghut (berhala). Janji Allah SWT itu pasti dan benarlah apa yang (dibawa) oleh (nabi-nabi) yang diutus. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada musibah (kejahatan) pada malam ini, melainkan sesuatu yang datang dengan kebaikan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 525, hadis nombor 2785. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي مالك الأشعري -رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «ليقل أحدكم حين پريد أن ينام: آمنت بالله، وكفرت بالطاغوت، وعد الله حق، وصدق المرسلون، اللهم! إني أعوذ بك من طوارق هذا الليل، إلا طارقا يطرق بخير».
[طب، وفي «مسند الشاميين»، «الضعيفة» (5611)].

(Lemah) Daripada Abu Malik al-‘Asy’ari RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah di antara kalian jika ingin tidur berkata: “Aku beriman dengan Allah SWT dan aku ingkar (kufur) kepada Taghut (berhala). Janji Allah SWT itu pasti dan benarlah apa yang (dibawa) oleh (nabi-nabi) yang diutus. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada musibah (kejahatan) pada malam ini, melainkan sesuatu yang datang dengan kebaikan.
[Riwayat al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Kabir dan dalam Kitab Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5611]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs