Hendaklah berpaling daripada orang yang bercakap-cakap tentang dirimu

TEKS BAHASA ARAB

ليردك – يا أبا ذر – عن الناس والقول فيهم ما تعرف من نفسك، لاتجد عليهم فيما تأتي به، فكفى بالمرء عيبا أن يكون فيه ثلاث خصال: أن يعرف من الناس ما يجهله عن نفسه، ويجد عليهم فيما يأتي، ويؤذي جليسه فيما لا يعنيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kamu berpaling – wahai Abu Dzar – daripada orang ramai dan bercakap tentang mereka apa yang kamu tahu daripada diri kamu. Jangan marah mereka pada apa yang kamu lakukan. Cukuplah menjadi keaiban kepada seseorang itu sekiranya terdapat padanya tiga ciri berikut: Dia mengetahui tentang manusia apa yang dia jahil tentang dirinya, dia marah mereka dengan apa yang dia lakukan, dan menyakiti temannya pada perkara yang tidak penting baginya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 114, hadis nombor 591. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي ذر الغفاري – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ليردك – يا أبا ذر – عن الناس والقول فيهم ما تعرف من نفسك، لاتجد عليهم فيما تأتي به، فكفى بالمرء عيبا أن يكون فيه ثلاث خصال: أن يعرف من الناس ما يجهله عن نفسه، ويجد عليهم فيما يأتي، ويؤذي جليسه فيما لا يعنيه.
[الماوردي في الأمثال والحكم))، ((الضعيفة)) (5638)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Dzar al-Ghifari RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu berpaling – wahai Abu Dzar – daripada orang ramai dan bercakap tentang mereka apa yang kamu tahu daripada diri kamu. Jangan marah mereka pada apa yang kamu lakukan. Cukuplah menjadi keaiban kepada seseorang itu sekiranya terdapat padanya tiga ciri berikut: Dia mengetahui tentang manusia apa yang dia jahil tentang dirinya, dia marah mereka dengan apa yang dia lakukan, dan menyakiti temannya pada perkara yang tidak penting baginya.
[Riwayat oleh al-Mawardi dalam al-Amtḥal wa al-Ḥikam. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5638]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs