Hendaklah berkongsi duit belanja bersama ahli kumpulan ketika musafir

TEKS BAHASA ARAB

‌‌إذا اجتمع القوم في سفر؛ فليجمعوا نفقاتهم عند أحدهم؛ فإنه أطيب لنفوسهم، وأحسن لأخلاقهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila suatu kaum itu bersama-sama dalam permusafiran, maka hendaklah (duit) belanja mereka dikumpulkan kepada salah seorang mereka. Ini lebih memberi ketenangan kepada jiwa mereka serta lebih baik untuk akhlak mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 73, hadis nombor 351. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‌‌ضعيف) عن عبدالله بن عمرو – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((إذا اجتمع القوم في سفر؛ فليجمعوا نفقاتهم عند أحدهم؛ فإنه أطيب لنفوسهم، وأحسن لأخلاقهم)). [الحكيم، ((الضعيفة)) (4135)].

(Lemah)
Daripada Abdullah bin ‘Amru RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Apabila suatu kaum itu bersama-sama dalam permusafiran, maka hendaklah (duit) belanja mereka dikumpulkan kepada salah seorang mereka. Ini lebih memberi ketenangan kepada jiwa mereka serta lebih baik untuk akhlak mereka.))
[Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4135].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs