Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا اجتمع القوم في سفر؛ فليجمعوا نفقاتهم عند أحدهم؛ فإنه أطيب لنفوسهم، وأحسن لأخلاقهم.
Teks Bahasa Melayu
Apabila suatu kaum itu bersama-sama dalam permusafiran, maka hendaklah (duit) belanja mereka dikumpulkan kepada salah seorang mereka. Ini lebih memberi ketenangan kepada jiwa mereka serta lebih baik untuk akhlak mereka.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 73, hadis no. 351. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله بن عمرو - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((إذا اجتمع القوم في سفر؛ فليجمعوا نفقاتهم عند أحدهم؛ فإنه أطيب لنفوسهم، وأحسن لأخلاقهم)). [الحكيم، ((الضعيفة)) (4135)].
(Daif) Daripada Abdullah bin ‘Amru RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Apabila suatu kaum itu bersama-sama dalam permusafiran, maka hendaklah (duit) belanja mereka dikumpulkan kepada salah seorang mereka. Ini lebih memberi ketenangan kepada jiwa mereka serta lebih baik untuk akhlak mereka.)) [Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4135].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman