Hendakkah kamu aku memberi hadiah kepada kamu

TEKS BAHASA ARAB

ألا أهب لك؟! ألا أبشرك؟! ألا أمنحك؟! ألا أتحفك؟! قال: نعم يا رسول الله! قال: تصلي أربع ركعات، تقرأ في كل ركعة بـ (الحمد) وسورة، ثم تقول بعد القراءة – وأنت قائم قبل الركوع -: سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر، ولا حول ولا قوة إلا بالله، خمس عشرة مرة، ثم تركع، فتقولهن عشرا تمام هذه الركعة قبل أن تبتدىء بالركعة الثانية، تفعل في الثلاث ركعات كما وصفت لك؛ حتى تتم أربع ركعات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendakkah kamu aku memberi hadiah kepada kamu? Hendakkah kamu aku memberi khabar gembira kepada kamu? Hendakkah kamu aku mengurniakan kamu? hendakkah kamu aku memberikan sesuatu kepada kamu?. Beliau menjawab: Ya wahai Rasulullah. Baginda berkata: Hendaklah kamu mendirikan solat empat rakaat. Kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dengan satu surah (yang lain). Kemudian setelah kamu selesai membaca – dan kamu masih dalam keadan berdiri, sebelum ruku’ – hendaklah kamu membaca: “Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, Tiada tuhan melainkan Allah dan Tiada upaya dan kekuatan melainkan Allah” sebanyak lima belas kali. Kemudian kamu ruku’, lalu kamu membacanya sebanyak 10 kali dalam ruku’ ini sebelum kamu mulakan dengan rakaat yang kedua. Kamu lakukan ini pada tiga rakaat lagi, sebagaimana yang aku telah jelaskan kepada kamu. Sehinggalah kamu menyempurnakan rakaat yang keempat.

STATUS

Palsu dengan konteks Ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 218, hadis nombor 1161. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا السياق) عن ابن عمر – رضي الله عنه -، قال: وجه رسول الله – صلى الله عليه وسلم – جعفر بن أبي طالب إلى بلاد الحبشة، فلما قدم اعتنقه وقبل بين عينيه، ثم قال: ألا أهب لك؟! ألا أبشرك؟! ألا أمنحك؟! ألا أتحفك؟! قال: نعم يا رسول الله! قال: تصلي أربع ركعات، تقرأ في كل ركعة بـ (الحمد) وسورة، ثم تقول بعد القراءة – وأنت قائم قبل الركوع -: سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر، ولا حول ولا قوة إلا بالله، خمس عشرة مرة، ثم تركع، فتقولهن عشراً تمام هذه الركعة قبل أن تبتدىء بالركعة الثانية، تفعل في الثلاث ركعات كما وصفت لك؛ حتى تتم أربع ركعات. [ك، ((الضعيفة)) (5066)]

(Palsu dengan Konteks Ini)
Daripada Ibnu ‘Umar RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah mengutuskan Ja’far bin Abi Talib ke negara Habsyah. Sebaik sahaja beliau pulang, baginda memeluknya serta mencium di dahinya. Kemudian baginda berkata: Hendakkah kamu aku memberi hadiah kepada kamu? Hendakkah kamu aku memberi khabar gembira kepada kamu? Hendakkah kamu aku mengurniakan kamu? Hendakkah kamu aku memberikan sesuatu kepada kamu?.
Beliau menjawab: Ya wahai Rasulullah. Baginda berkata: Hendaklah kamu mendirikan solat empat rakaat. Kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dengan satu surah (yang lain). Kemudian setelah kamu selesai membaca – dan kamu masih dalam keadan berdiri, sebelum ruku’ – hendaklah kamu membaca: “Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, Tiada tuhan melainkan Allah dan Tiada upaya dan kekuatan melainkan Allah” sebanyak lima belas kali. Kemudian kamu ruku’, lalu kamu membacanya sebanyak 10 kali dalam ruku’ ini sebelum kamu mulakan dengan rakaat yang kedua. Kamu lakukan ini pada tiga rakaat lagi, sebagaimana yang aku telah jelaskan kepada kamu. Sehinggalah kamu menyempurnakan rakaat yang keempat.
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 5066]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs