Batil

30/06/2024

minit bacaan



Hendakkah aku sampaikan kepada kalian siapakah yang paling pemurah?

Teks Bahasa Arab

حديث: أَلا أُخْبِرُكُمْ بِأَجْوَدِ الأَجْوَدِينَ؟ قَالُوا: بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ: فَإِنَّ اللَّهَ أَجْوَدُ الأَجْوَدِينَ، وَأَنَا أَجْوَدُ وَلَدِ آدَمَ، وَأَجْوَدُهُمْ مِنْ بَعْدِي رَجُلٌ عَلِمَ عِلْمًا فَنَشَرَ عِلْمَهُ، فَيُبْعَثُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أُمَّةً وحده، كما يبعث النبي أُمَّةً وَحْدَهُ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith : Hendakkah aku sampaikan kepada kalian siapakah yang paling pemurah?. Para sahabat menjawab : Ya, wahai Rasulullah. Nabi SAW menjawab: Sesungguhnya Allah adalah yang Maha Pemurah. Aku adalah yang paling pemurah dalam kalangan anak Adam, dan antara mereka yang paling pemurah selepasku adalah seorang lelaki yang memiliki ilmu kemudian menyebarkan ilmunya. Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dalam satu umat sepertimana Nabi dibangkitkan dengan umat yang satu.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 273, hadis no. 3. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن حبان عن أنس مرفوعا , وقال: منكر باطل.

Ibn Hibban meriwayatkan daripada Anas secara marfu’, sedangkan beliau berkata hadith ini mungkar dan batil.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.