Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Hendak kalian melazimi kalimah (Lā Ilāha Illā Allāh/Tiada Tuhan melainkan Allah SWT) dan istighfar

Teks Bahasa Arab

عليكم بِ ( لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ ) والاستِغفارِ ، فأكثِروا منهُ ؛ فإنَّ إبليسَ قالَ : أَهْلَكْتُ النَّاسَ فأَهْلَكوني بِ ( لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ ) والاستغفارِ، فلمَّا رأيتُ ذلِكَ أَهْلَكْتُهُم بالأَهْواءِ، وَهُم يحسَبونَ أنَّهم مُهْتدونَ.

Teks Bahasa Melayu

Hendak kalian melazimi kalimah (Lā Ilāha Illā Allāh/Tiada Tuhan melainkan Allah SWT) dan istighfar. Perbanyakkanlah dengannya, kerana sesungguhnya Iblis berkata: “Aku menghancurkan manusia, dan mereka menghancurkanku dengan Lā Ilāha Illā Allāh dan istighfar. Maka ketika aku melihat mereka melakukan itu, aku menghancurkan mereka dengan hawa nafsu, dan mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang diberi hidayah”.

Sahabat Perawi

  1. Abu Bakr RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 522, hadis no. 2769.

(موضوع) عن أبي بكر -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «عليكم ب(لا إله إلا الله) والاستغفار، فأكثروا منه؛ فإن إبليس، قال: أهلكت الناس فأهلكوني ب(لا إله إلا الله والاستغفار، فلما رأيت ذلك أهلكتهم بالأهواء، وهم يحسبون أنهم مهتدون». [ع، ابن أبي عاصم، الأصبهاني في الحجة في بيان المحجة»، «الضعيفة» (5560)].

(Palsu) Daripada Abu Bakar RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Hendak kalian melazimi kalimah (Lā Ilāha Illā Allāh/Tiada Tuhan melainkan Allah SWT) dan istighfar. Perbanyakkanlah dengannya, kerana sesungguhnya Iblis berkata: “Aku menghancurkan manusia, dan mereka menghancurkanku dengan Lā Ilāha Illā Allāh dan istighfar. Maka ketika aku melihat mereka melakukan itu, aku menghancurkan mereka dengan hawa nafsu, dan mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang diberi hidayah”.” [Riwayat Abū Ya‘lā dalam kitab Musnadnya, Ibn Abī ‘Āṣim dalam kitab al-Sunnah, al-Aṣbahānī dalam kitab al-Ḥujjah fī Bayān al-Maḥajjah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5560].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.