Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَظْهِرُوا النكاحَ، وأَخْفُوا الخِطْبَةَ.
Teks Bahasa Melayu
Hebohkanlah perkahwinan dan sembunyikanlah pertunangan.
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 925, hadis no. 4752. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أم سلمة - رضي الله عنها -، قالت: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: أظهروا النكاح، وأخفوا الخطبة. [فر، الضعيفة (2494)].
(Lemah) Daripada Ummu Salamah RA dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Hebohkanlah perkahwinan dan sembunyikanlah pertunangan. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2494].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman