Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قلبُ المؤمنِ حُلوٌ، يحبُّ الحلاوةَ.
Teks Bahasa Melayu
Hati seorang mukmin itu manis dan suka akan kemanisan.
Sahabat Perawi
- Abu Musa RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2023, hadis no. 10168. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي موسى – رضي الله عنه – رفعه: قلب المؤمن حلو، يحب الحلاوة. [خط، ((الضعيفة)) (4065)]
(Lemah) Daripada Abu Musa RA, beliau memarfu’kannya (menyandarkannya kepada Nabi SAW): Hati seorang mukmin itu manis dan sukakan kemanisan. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4065]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman