TEKS BAHASA ARAB
حديث: جبلت القلوب على حب من أحسن اليها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Hati manusia diciptakan untuk mengasihi sesiapa yang berbuat baik kepadanya.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 69, hadis nombor 158. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال السخاوي: يروى مرفوعا وموقوفا، وهو باطل من الوجهين.
Al-Sakhawi berkata: Diriwayatkan secara marfu dan mauquf, sedangkan riwayatnya batil dari kedua-dua sandaran itu.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.