Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Hati itu dijadikan cenderung untuk menyukai siapa yang berbuat baik padanya

Teks Bahasa Arab

جُبلتْ القلوبُ على حبِّ منْ أحسنَ إليها، وبغضِ منْ أساءَ إليها.

Teks Bahasa Melayu

Hati itu dijadikan cenderung untuk menyukai siapa yang berbuat baik padanya, dan membenci siapa yang berbuat buruk kepadanya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas’ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 863, hadis no. 4403. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعا: ((جبلت القلوب على حب من أحسن إليها، وبغض من أساء إليها)). [ابن الأعرابي، عد، أبو موسى المديني في ((جزء من أدركه الخلال من أصحاب ابن منده))، حل، خط، القضاعي، ((الضعيفة)) (600)].

(Palsu) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’: “Hati itu dijadikan cenderung untuk menyukai siapa yang berbuat baik padanya, dan membenci siapa yang berbuat buruk kepadanya.” [Riwayat Ibn al-A’rabi, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, Abu Musa al-Madini dalam Juz Man Adrakahu al-Khallal min Ashab Ibn Mandah, Abu Nuaim dalam al-Hilyah, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Qudha’ie. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 600].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.