Hasan mewarisi karisma dan kepimpinan aku

TEKS BAHASA ARAB

أما حسن؛ فله هيبتي وسؤددي، وأما حسين؛ فإن له جرأتي وجودي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hasan mewarisi karisma dan kepimpinan aku. Husain pula mewarisi keberanian dan sifat pemurah aku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1950, hadis nombor 9767. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن فاطمة بنت رسول الله صلى الله عليه وسلم: أنها أتت بالحسن والحسين إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم في شكواه الذي توفي فيه فقالت: يا رسول الله! هذان ابناك؛ فورثهما شيئاً فقال: أَمَّا حَسَنٌ؛ فَلَهُ هَيْبَتِي وَسُؤْدُدِي، وَأَمَّا حُسَيْنٌ؛ فَإنَّ لَهُ جُرْأَتِي وَجُودِي.
[طب، ((الضعيفة)) (7055)]

(Lemah)
Daripada Fatimah Binti Rasulullah SAW. Beliau meriwayatkan bahawa beliau membawa al-Hasan dan al-Husain kepada Rasulullah SAW ketika Baginda sakit tenat yang menyebabkan Baginda wafat. Fatimah berkata: Wahai Rasulullah, ini adalah cucu kamu. Berikan apa sahaja perwarisan kepada mereka berdua. Baginda bersabda: Hasan mewarisi karisma dan kepimpinan aku. Husain pula mewarisi keberanian dan sifat pemurah aku.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 7055]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs