Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الحسدُ يفسد الإيمانَ كما يفسدُ الصبرُ العسلَ.
Teks Bahasa Melayu
Hasad merosakkan iman sebagaimana buah yang pahit merosakkan madu.
Sahabat Perawi
- Mu‘awiyah bin Haidah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 62, hadis no. 274. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاوية بن حيدة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الحسد يفسد الإيمان كما يفسد الصبر العسل)). [فر، ((الضعيفة)) (3523)].
(Daif) Daripada Mu‘āwiyah ibn Haidah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Hasad merosakkan iman sebagaimana buah yang pahit merosakkan madu.)) [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3523].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman