TEKS BAHASA ARAB
الحسد في اثنتين: رجل آتاه الله القرآن فقام به، وأحل حلاله، وحرم حرامه، ورجل آتاه الله مالا، فوصل به أقرباءه ورحمه، وعمل بطاعة الله، تمنى أن يكون مثله. ومن يكن فيه أربع فلا يضره ما زوي عنه من الدنيا: حسن خليقة، وعفاف، وصدق حديث، وحفظ أمانة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hasad itu pada dua perkara, iaitu; Seseorang yang Allah berikan al-Qur’an kepadanya, lalu dia berdiri (solat malam) dengan membaca al-Qur’an, dia menghalalkan apa yang al-Qur’an halalkan dan haramkan apa yang al-Qur’an haramkan, dan seorang lelaki yang Allah berikan kepadanya harta, dengan harta itu dia menghubungkan kaum kerabat dan yang ada hubungan rahim dengannya, dia beramal dengan mentaati Allah, dia bercita-cita untuk menjadi sepertinya. Sesiapa yang dalam dirinya ada empat perkara, maka perkara dunia yang dihilangkan daripadanya tidak akan memudaratkannya, iaitu akhlak yang bagus, menjaga kehormatan, bercakap benar dan menjaga amanah.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1432, hadis nombor 7274. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن عبدالله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما، عن رسول الله ﷺ: الحسد في اثنتين: رجل آتاه الله القرآن فقام به، وأحل حلاله، وحرم حرامه، ورجل آتاه الله مالا، فوصل به أقرباءه ورحمه، وعمل بطاعة الله، تمنى أن يكون مثله. ومن يكن فيه أربع فلا يضره ما زوي عنه من الدنيا: حسن خليقة، وعفاف، وصدق حديث، وحفظ أمانة.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2380)]
(Lemah)
Daripada ‘Abdillah bin ‘Amr bin al-‘As RA daripada Rasulullah SAW: Hasad itu pada dua perkara, iaitu; Seseorang yang Allah berikan al-Qur’an kepadanya, lalu dia berdiri (solat malam) dengan membaca al-Qur’an, dia menghalalkan apa yang al-Qur’an halalkan dan haramkan apa yang al-Qur’an haramkan, dan seorang lelaki yang Allah berikan kepadanya harta, dengan harta itu dia menghubungkan kaum kerabat dan yang ada hubungan rahim dengannya, dia beramal dengan mentaati Allah, dia bercita-cita untuk menjadi sepertinya. Sesiapa yang dalam dirinya ada empat perkara, maka perkara dunia yang dihilangkan daripadanya tidak akan memudaratkannya, iaitu akhlak yang bagus, menjaga kehormatan, bercakap benar dan menjaga amanah.
[Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2380]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.