Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Hasad itu pada dua perkara iaitu al-Quran dan harta

Teks Bahasa Arab

الحسَدُ في اثنتَينِ: رجلٌ آتاهُ اللهُ القُرآنَ فقامَ بهِ، وأحلَّ حلالَهُ، وحرَّمَ حَرامَهُ، ورجُلٌ آتاهُ اللهُ، مالًا فوصلَ بهِ أقرباءَهُ ورحمَهُ، وعملَ بطاعةِ اللهِ، تمنَّى أن يكونَ مثلَهُ. ومَنْ يَكُنْ فيهِ أربعٌ فلا يَضرُّهُ ما زُوِيَ عنهُ منَ الدُّنيا: حُسنُ خَليقَةٍ، وعَفافٌ، وصِدقُ حَديثٍ، وحِفظُ أمانَةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Hasad itu pada dua perkara, iaitu; Seseorang yang Allah berikan al-Qur'an kepadanya, lalu dia berdiri (solat malam) dengan membaca al-Qur'an, dia menghalalkan apa yang al-Qur'an halalkan dan haramkan apa yang al-Qur'an haramkan, dan seorang lelaki yang Allah berikan kepadanya harta, dengan harta itu dia menghubungkan kaum kerabat dan yang ada hubungan rahim dengannya, dia beramal dengan mentaati Allah, dia bercita-cita untuk menjadi sepertinya. Sesiapa yang dalam dirinya ada empat perkara, maka perkara dunia yang dihilangkan daripadanya tidak akan memudaratkannya, iaitu akhlak yang bagus, menjaga kehormatan, bercakap benar dan menjaga amanah.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1432, hadis no. 7274. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما، عن رسول الله ﷺ: الحسد في اثنتين: رجل آتاه الله القرآن فقام به، وأحل حلاله، وحرم حرامه، ورجل آتاه الله مالا، فوصل به أقرباءه ورحمه، وعمل بطاعة الله، تمنى أن يكون مثله. ومن يكن فيه أربع فلا يضره ما زوي عنه من الدنيا: حسن خليقة، وعفاف، وصدق حديث، وحفظ أمانة. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2380)]

(Lemah) Daripada 'Abdillah bin 'Amr bin al-'As RA daripada Rasulullah SAW: Hasad itu pada dua perkara, iaitu; Seseorang yang Allah berikan al-Qur'an kepadanya, lalu dia berdiri (solat malam) dengan membaca al-Qur'an, dia menghalalkan apa yang al-Qur'an halalkan dan haramkan apa yang al-Qur'an haramkan, dan seorang lelaki yang Allah berikan kepadanya harta, dengan harta itu dia menghubungkan kaum kerabat dan yang ada hubungan rahim dengannya, dia beramal dengan mentaati Allah, dia bercita-cita untuk menjadi sepertinya. Sesiapa yang dalam dirinya ada empat perkara, maka perkara dunia yang dihilangkan daripadanya tidak akan memudaratkannya, iaitu akhlak yang bagus, menjaga kehormatan, bercakap benar dan menjaga amanah. [Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2380]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.