Hasad itu dibahagikan kepada sepuluh bahagian, sembilan daripadanya terdapat pada orang Arab dan satu bahagian terdapat pada seluruh makhluk

TEKS BAHASA ARAB

قسم الحسد عشرة أجزاء تسعة في العرب وواحد في سائر الخلق والكبر عشرة أجزاء تسعة في الروم وجزء في سائر الخلق والسرقة عشرة أجزاء تسعة في القبط وجزء في سائر الخلق والبخل عشرة أجزاء تسعة في فارس وجزء في سائر الخلق والزنا عشرة أجزاء تسعة في السند وجزء في سائر الخلق والرزق عشرة أجزاء تسعة في التجارة وجزء في سائر الخلق والفقر عشرة أجزاء تسعة في الحبش وجزء في سائر الخلق والشهوة عشرة أجزاء تسعة في النساء وجزء في الرجال والحفظ عشرة أجزاء تسعة في الترك وجزء في سائر الخلق والحدة عشرة أجزاء تسعة في البربر وجزء في سائر الخلق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hasad itu dibahagikan kepada sepuluh bahagian, sembilan daripadanya terdapat pada orang Arab, manakala satu bahagian terdapat pada seluruh makhluk. Sifat takabbur terdapat sepuluh bahagian, sembilan daripadanya terdapat pada bangsa Rom, manakala satu bahagian terdapat pada seluruh makhluk. Mencuri ada sepuluh bahagian, sembilan daripadanya terdapat pada bangsa Qibti, manakala satu bahagian bahagian berada pada seluruh makhluk. Bakhil itu ada sepuluh bahagian, 9 bahagian ada pada Parsi dan satu bahagian pada seluruh mahluk. Perbuatan zina ada sepuluh bahagian, sembilan bahagian terdapat pada penduduk Sind, manakala satu bahagian lagi pada keseluruhan makhluk. Rezeki ada sepuluh bahagian, sembilan bahagian pada perniagaan, manakala satu lagi pada seluruh makhluk. Kefakiran ada sepuluh bahagian, sembilan daripadanya berada pada penduduk Habsyi, manakala satu bahagian lagi pada seluruh makhluk. Syahwat ada sepuluh bahagian, sembilan daripadanya ada pada orang perempuan, manakala satu bahagian ada pada orang lelaki. Hafazan itu ada sepuluh bahagian, sembilan daripadanya ada pada bangsa Turki, manakala satu bahagian ada pada seluruh makhluk. Sifat kuat itu ada sepuluh bahagian. Sembilan daripadanya ada pada bangsa Barbar, manakala satu bahagian ada pada seluruh makhluk.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 130, hadis nombor 656. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن خالد بن معدان قال: قال رسول اللہ ﷺ: قسم الحسد عشرة أجزاء تسعة في العرب وواحد في سائر الخلق والكبر عشرة أجزاء تسعة في الروم وجزء في سائر الخلق والسرقة عشرة أجزاء تسعة في القبط وجزء في سائر الخلق والبخل عشرة أجزاء تسعة في فارس وجزء في سائر الخلق والزنا عشرة أجزاء تسعة في السند وجزء في سائر الخلق والرزق عشرة أجزاء تسعة في التجارة وجزء في سائر الخلق والفقر عشرة أجزاء تسعة في الحبش وجزء في سائر الخلق والشهوة عشرة أجزاء تسعة في النساء وجزء في الرجال والحفظ عشرة أجزاء تسعة في الترك وجزء في سائر الخلق والحدة عشرة أجزاء تسعة في البربر وجزء في سائر الخلق. [أبو الشيخ في العظمة، الضعيفة (6498)]

(Palsu) Daripada Khālid ibn Ma‘dān beliau telah memarfū‘kan hadis kepada Rasulullah SAW yang telah bersabda: Hasad itu dibahagikan kepada sepuluh bahagian, sembilan daripadanya terdapat pada orang Arab, manakala satu bahagian terdapat pada seluruh makhluk. Sifat takabbur terdapat sepuluh bahagian, sembilan daripadanya terdapat pada bangsa Rom, manakala satu bahagian terdapat pada seluruh makhluk. Mencuri ada sepuluh bahagian, sembilan daripadanya terdapat pada bangsa Qibti, manakala satu bahagian bahagian berada pada seluruh makhluk. Bakhil itu ada sepuluh bahagian, 9 bahagian ada pada Parsi dan satu bahagian pada seluruh mahluk. Perbuatan zina ada sepuluh bahagian, sembilan bahagian terdapat pada penduduk Sind, manakala satu bahagian lagi pada keseluruhan makhluk. Rezeki ada sepuluh bahagian, sembilan bahagian pada perniagaan, manakala satu lagi pada seluruh makhluk. Kefakiran ada sepuluh bahagian, sembilan daripadanya berada pada penduduk Habsyi, manakala satu bahagian lagi pada seluruh makhluk. Syahwat ada sepuluh bahagian, sembilan daripadanya ada pada orang perempuan, manakala satu bahagian ada pada orang lelaki. Hafazan itu ada sepuluh bahagian, sembilan daripadanya ada pada bangsa Turki, manakala satu bahagian ada pada seluruh makhluk. Sifat kuat itu ada sepuluh bahagian. Sembilan daripadanya ada pada bangsa Barbar, manakala satu bahagian ada pada seluruh makhluk. [Diriwayatkan oleh Abū al-Shaykh dalam al-‘Aẓamah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6498)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.