Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Hasad dibahagikan kepada sepuluh bahagian

Teks Bahasa Arab

قُسِمَ الحسدُ عشرةَ أجزاءٍ، تسعةٌ في العَربِ، وواحدٌ في سائرِ الخلقِ، والْكِبرُ عشرةُ أجزاءٍ، تسعةٌ في الرُّوم، وجزءٌ في سائرِ الخلقِ، والسَّرِقةُ عشرةُ أجزاءٍ تسعةٌ في القبطِ، وجزءٌ في سائرِ الخلقِ، والبخلُ عشرةُ أجزاءٍ، تسعةٌ في فارسَ، وجزءٌ في سائرِ الخلقِ، والزِّنا عشرةُ أجزاءٍ تسعةٌ في السِّندِ، وجزءٌ في سائرِ الخلقِ، والرِّزقُ عشرةَ أجزاءٍ، تسعةٌ في التِّجارةِ وجزءٌ في سائرِ الخلق، والفقرُ عشرةُ أجزاءٍ، تسعةٌ في الحبَشِ، وجزءٌ في سائرِ الخلقِ، والشَّهوةُ عشرةُ أجزاءٍ تسعةٌ في النِّساءِ وجزءٌ في الرِّجالِ، والحِفظُ عشرةُ أجزاءٍ، تسعةٌ في التُّرْكِ، وجزءٌ في سائرِ الخلقِ، والحدَّةُ عشرةُ أجزاءٍ تسعةٌ في البَربَرِ، وجزءٌ في سائرِ الخلقِ.

Teks Bahasa Melayu

Hasad dibahagikan kepada sepuluh bahagian. Sembilan bahagian pada kalangan bangsa arab dan satu bahagian diletakkan pada makhluk yang lain. Sifat bongkak ada sepuluh bahagian. Sembilan bahagian pada Rom dan satu bahagian pada makluk yang lain. Mencuri ada sepuluh bahagian. Sembilan bahagian diletakkan pada kalangan Qibti dan satu bahagian pada makhluk yang lain. Bakhil ada sepuluh bahagian. Sembilan bahagian pada Parsi dan satu bahagian pada makhluk yang lain. Zina pula ada sepuluh bahagian. Sembilan bahagian pada al-Sind dan satu bahagian pada makhluk yang lain. Rezeki itu ada sepuluh bahagian. Sembilan bahagian dalam perniagaan dan satu bahagian pada yang lain. Kefakiran itu ada sepuluh bahagian. Sembilan bahagian pada Habsyah dan satu bahagian pada makhluk yang lain. Syahwat itu ada sepuluh bahagian. Sembilan bahagian diletakkan pada wanita dan satu bahagian diletakkan pada lelaki. Sifat menjaga itu ada sepuluh bahagian. Sembilan bahagian berada pada Turki dan satu bahagian pada makhluk yang lain. Sifat tajam pula ada sepuluh bahagian. Sembilan bahagian diletakkan pada Barbar dan satu bahagian pada makhluk lain.

Sahabat Perawi

  1. Khalid Bin Mi’dan

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1933, hadis no. 9695. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن خالد بن معدان قال: قال رسول الله ﷺ: قُسِمَ الحسدُ عَشَرَةَ أَجْزَاءٍ، تِسْعَةٌ فِي الْعَرَبِ، وَوَاحِدٌ فِي سَائِرِ الْخَلْقِ، وَالْكِبْرُ عَشَرَةُ أَجْزَاءٍ، تِسْعَةٌ فِي الرُّومِ، وَجُزْءٌ فِي سَائِرِالْخَلْقِ، وَالسَّرِقَةُ عَشَرَةُ أَجْزَاءٍ تِسْعَةٌ فِي الْقِبْطِ، وَجُزْءٌ فِي سَائِرِ الْخَلْقِ،وَالْبُخْلُ عَشَرَةُ أَجْزَاءٍ، تِسْعَةٌ فِي فَارِسَ، وَجُزْءٌ فِي سَائِرِ الْخَلْقِ، وَالزِّنَا عَشَرَةُ أَجْزَاءٍ تِسْعَةٌ فِي السِّنْدِ، وَجُزْءٌ فِي سَائِرِ الْخَلْقِ، وَالرِّزْقُ عَشَرَةَ أَجْزَاءٍ، تِسْعَةٌ فِي التِّجَارَةِ وَجُزْءٌ فِي سَائِرِ الْخَلْقِ، وَالْفَقْرُ عَشَرَةُ أَجْزَاءٍ، تِسْعَةٌ فِي الْحَبَشِ، وَجُزْءٌ فِي سَائِرِ الْخَلْقِ، وَالشَّهْوَةُ عَشَرَةُ أَجْزَاءٍ تِسْعَةٌ فِي النِّسَاءِ وَجُزْءٌ فِي الرِّجَالِ، وَالْحِفْظُ عَشَرَةُ أَجْزَاءٍ، تِسْعَةٌ فِي التُّرْكِ، وَجُزْءٌ فِي سَائِرِ الْخَلْقِ، وَالْحِدَّةُ عَشَرَةُ أَجْزَاءٍ تِسْعَةٌ فِي الْبَرْبَرِ، وَجُزْءٌ فِي سَائِرِ الْخَلْقِ. [أبو الشيخ في ((العظمة))، ((الضعيفة)) (6498)]

(Palsu) Daripada Khalid Bin Mi’dan, beliau berkata: Rasululullah SAW bersabda: Hasad dibahagikan kepada sepuluh bahagian. Sembilan bahagian pada kalangan bangsa arab dan satu bahagian diletakkan pada makhluk yang lain. Sifat bongkak ada sepuluh bahagian. Sembilan bahagian pada Rom dan satu bahagian pada makluk yang lain. Mencuri ada sepuluh bahagian. Sembilan bahagian diletakkan pada kalangan Qibti dan satu bahagian pada makhluk yang lain. Bakhil ada sepuluh bahagian. Sembilan bahagian pada Parsi dan satu bahagian pada makhluk yang lain. Zina pula ada sepuluh bahagian. Sembilan bahagian pada al-Sind dan satu bahagian pada makhluk yang lain. Rezeki itu ada sepuluh bahagian. Sembilan bahagian dalam perniagaan dan satu bahagian pada yang lain. Kefakiran itu ada sepuluh bahagian. Sembilan bahagian pada Habsyah dan satu bahagian pada makhluk yang lain. Syahwat itu ada sepuluh bahagian. Sembilan bahagian diletakkan pada wanita dan satu bahagian diletakkan pada lelaki. Sifat menjaga itu ada sepuluh bahagian. Sembilan bahagian berada pada Turki dan satu bahagian pada makhluk yang lain. Sifat tajam pula ada sepuluh bahagian. Sembilan bahagian diletakkan pada Barbar dan satu bahagian pada makhluk lain. [Riwayat Abu al-Syeikh dalam al-Azamah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6498]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.