Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِيَّاكُم والحَسَدَ، فإن الحَسَدَ يَأكُلُ الحسناتِ كما تَأْكُلُ النَارَ الحطبَ.
Teks Bahasa Melayu
Jauhilah kamu daripada sifat hasad dengki. Sesungguhnya hasad dengki itu menghapuskan kebaikan sebagaimana api yang membakar kayu-kayan.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 26, hadis no. 78. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إياكم والحسد، فإن الحسد يأكل الحسنات كما تأكل النار الحطب)). [عبد بن حميد، تخ، د، ابن بشران، أبو بكر الكلاباذي في ((مفتاح المعاني))، ((الضعيفة)) (1902)]
(Daif) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jauhilah kamu daripada sifat hasad dengki. Sesungguhnya hasad dengki itu menghapuskan kebaikan sebagaimana api yang membakar kayu-kayan. [Riwayat ‘Abd bin Humaid, Sunan Abī Dāwud, al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Ibn Bisyran, Abu Bakr al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma’ani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1902]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman