Hasad dengki menghapuskan kebaikan sebagaimana api membakar kayu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الحسد يأكل الحسنات كما تأكل النار الحطب، والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار، والصلاة نور المؤمن، والصيام جنة من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hasad dengki menghapuskan kebaikan sebagaimana api membakar kayu dan sedekah memadamkan dosa sebagaimana air memadamkan api. Bagi seorang mukmin solat adalah cahaya dan puasa adalah perisai daripada api neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 26, hadis nombor 81. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((الحسد يأكل الحسنات كما تأكل النار الحطب، والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار، والصلاة نور المؤمن، والصيام جنة من النار)).
[هــ، ع، المخلص في ((الفوائد المنتقاة))، أبو الطاهر الأنباري في ((المشيخة))، القضاعي، الخطيب في ((الموضح))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1901)]

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Hasad dengki menghapuskan kebaikan sebagaimana api membakar kayu dan sedekah memadamkan dosa sebagaimana air memadamkan api. Bagi seorang mukmin solat adalah cahaya dan puasa adalah perisai daripada api neraka.
[Riwayat Musnad Abī Ya‘lā, Sunan Ibn Mājah, al-Mukhallis dalam al-Fawa’id al-Muntaqah, Abu al-Tahir al-Anbari dalam al-Masyyikhah, al-Qudha’ie, al-Khatib dalam al-Mudhih, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1901]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.