Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
شهادةُ المسلمين بعضِهم على بعضٍ جائزةٌ، ولا تَجُوزُ شهادةُ العلماءِ بعضِهم على بعضٍ؛ لأنهم حُسَّدُ.
Teks Bahasa Melayu
Penyaksian sebahagian orang-orang Islam terhadap sebahagian yang lain adalah sesuatu yang dibolehkan, namun tidak boleh penyaksian sebahagian ulama terhadap sebahagian yang lain kerana mereka adalah golongan yang kuat hasad dengki.
Sahabat Perawi
- Jubair bin Mut'im RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1268, hadis no. 6483. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جبير بن مطعم رضي الله عنه مرفوعا: شهادة المسلمين بعضهم على بعض جائزة، ولا تجوز شهادة العلماء بعضهم على بعض؛ لأنهم حسد. [فر، ((الضعيفة)) (3748)]
(Palsu) Daripada Jubair bin Mut'im RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Penyaksian sebahagian orang-orang Islam terhadap sebahagian yang lain adalah sesuatu yang dibolehkan, namun tidak boleh penyaksian sebahagian ulama terhadap sebahagian yang lain kerana mereka adalah golongan yang kuat hasad dengki. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3748]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman