Harun AS menamakan dua anaknya, Syibron dan Syabiran

TEKS BAHASA ARAB

سمى هارون ابنيه: شبرا وشبيرا، وإني سميت ابني الحسن والحسين، كما سمى به هارون ابنيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Harun AS menamakan dua anaknya: Syibron dan Syabiran. Aku pula menamakan dua cucu aku: al-Hasan dan al-Husayn seperti mana Harun menamakan anaknya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1840, hadis nombor 9279. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن سلمان الفارسي -رضي الله عنه- مرفوعا: سمّی هارون ابنیْه: شبراً وشبيراً، وإني سمّيتُ ابنيّ الحسن والحُسين، كما سمّى به هارون ابنيه. [طب، تخ، فر، (الضعيفة) (3706)].

(Lemah) Daripada Salman al-Farisi RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Harun AS menamakan dua anaknya: Syibron dan Syabiran. Aku pula menamakan dua cucu aku: al-Hasan dan al-Husayn seperti mana Harun menamakan anaknya." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3706]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs