Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سمى هارونُ ابنَيهِ : شَبْرًا وشُبيرًا، وإني سميتُ ابنيَّ الحسنَ والحسينَ، كما سمى بهِ هارونُ ابنَيهِ.
Teks Bahasa Melayu
Harun AS menamakan dua anaknya: Syibron dan Syabiran. Aku pula menamakan dua cucu aku: al-Hasan dan al-Husayn seperti mana Harun menamakan anaknya.
Sahabat Perawi
- Salman al-Farisi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1840, hadis no. 9279. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعیف) عن سلمان الفارسي -رضي الله عنه- مرفوعا: سمّی هارون ابنیْه: شبراً وشبيراً، وإني سمّيتُ ابنيّ الحسن والحُسين، كما سمّى به هارون ابنيه. [طب، تخ، فر، (الضعيفة) (3706)].
(Lemah) Daripada Salman al-Farisi RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Harun AS menamakan dua anaknya: Syibron dan Syabiran. Aku pula menamakan dua cucu aku: al-Hasan dan al-Husayn seperti mana Harun menamakan anaknya." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3706]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman