Harta yang tidak ditunaikan hak Allah padanya akan membakar pemiliknya pada hari kiamat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

في الإبل صدقتها، وفي الغنم صدقتها، وفي البقر صدقتها، وفي البز صدقتها، ومن رفع دنانير أو دراهم أو تبرا أو فضة لا يعدها لغريم، ولا ينفقها في سبيل الله فهو كنز يكوى به يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada unta ada zakatnya, pada kambing ada zakatnya, pada lembu ada zakatnya, pada baju ada zakatnya, siapa yang mengangkat (pahala) dinar atau dirham atau debu logam (emas) atau perak (yakni: tidak membayar zakat), dan dia tidak menyediakannya untuk pemiutang (tidak membayar hutang), dan tidak diinfakkannya ke jalan Allah maka ia akan menjadi harta yang akan membakarnya pada hari kiamat kelak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 866, hadis nombor 4428. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي ذر-رضي الله عنه- أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- قال: ((في الإبل صدقتها، وفي الغنم صدقتها، وفي البقر صدقتها، وفي البز صدقتها، ومن رفع دنانير أو دراهم أو تبرا أو فضة لا يعدها لغريم، ولا ينفقها في سبيل الله فهو كنز يكوى به يوم القيامة)). [قط، ((الضعيفة)) (1178)].

(Lemah)
Daripada Abu Zar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Pada unta ada zakatnya, pada kambing ada zakatnya, pada lembu ada zakatnya, pada baju ada zakatnya, siapa yang mengangkat (pahala) dinar atau dirham atau debu logam (emas) atau perak (yakni: tidak membayar zakat), dan dia tidak menyediakannya untuk pemiutang (tidak membayar hutang), dan tidak diinfakkannya ke jalan Allah maka ia akan menjadi harta yang akan membakarnya pada hari kiamat kelak.”
[Riwayat al-Daruqutni dalam Sunan. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 1178].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.