Harta yang tertanam (galian) itu maka zakatnya satu per sepuluh

TEKS BAHASA ARAB

حديث: في الركاز العشر.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Harta yang tertanam (galian) itu maka zakatnya satu per sepuluh.


STATUS

Batil


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 60, hadis nombor 2. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن حبان عن ابن عمر مرفوعا وقال: باطل وفي إسناده: عبد الله ابن نافع متروك وتابعه يزيد بن عياض عن نافع وهو متروك أيضا.

Ibn Hibban meriwayatkan daripada Ibn Umar secara marfu' (diangkat kepada nabi SAW) dan dia berkata: Batil, pada sanadnya terdapat perawi bernama Abdullah Ibn Nafi’ yang dihukumkan sebagai matruk (terlalu lemah), Yazid bin ‘Iyad daripada Nafi’ menyokong Abdullah bin Nafi’ namun beliau juga dihukumkan dengan matruk.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs