Harta yang paling buruk di akhir zaman ialah golongan al-Mamalik

TEKS BAHASA ARAB

 شَرُّ الْمَالِ فِي آخِرِ الزَّمَاِن الْمَمَالِيكُ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Harta yang paling buruk di akhir zaman ialah golongan al-Mamalik.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Antara ciri hadis palsu yang lain ialah hadis yang mencela bangsa Turki. Al-Khisyan dan al-Mamalik.
Seperti hadis: …

Hadis lain:
شَرُّ الْمَالِ فِي آخِرِ الزَّمَاِن الْمَمَالِيكُ
Harta yang paling buruk di akhir zaman ialah golongan al-Mamalik.
———————————————–
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:

Direkodkan oleh Abu Nu’aim di dalam Hilyatul ‘Auliya (4/94) dan Abu Hasan al-Hulbi di dalam al-Fawaid al-Muntaqah seperti di dalam as-Silsilah adh-Dha’ifah (no 740) dan Ibnu ‘Adi di dalam al-Kamil (6/2264). Ibnu Jauzi turut meletakkan hadis ini di dalam al-Maudhu’at (2/632) dan dia berkata hadis ini tidak sahih.

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon