Harta simpanan lelaki berpuasa yang melawat (sesuatu kaum) ialah dengan mewangikan janggutnya

TEKS BAHASA ARAB

تحفة الصائم الزائر أن تغلف لحيته، وتجمر ثيابه، ويذرر، وتحفة المرأة الصائمة الزائرة أن تمشط رأسها، وتجمر ثيابها، وتذرر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tarikan lelaki berpuasa yang melawat (sesuatu kaum) ialah dengan mewangikan janggutnya, menngasapkan pakaian-pakaiannya dengan wangian dan minyak wangi. Adapun tarikan perempuan berpuasa yang melawat (seuatu kaum) ialah dengan menyisir rambutnya, mengasapkan bajunya dengan wangian dan minyak wangi.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1134, hadis nombor 5722. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن الحسن بن علي -رضي الله عنهما-، قال: سمعت أبي: وحدثني -يعني النبي ﷺ- يقول: «تحفة الصائم الزائر أن تغلف لحيته، وتجمر ثيابه، ويذرر، وتحفة المرأة الصائمة الزائرة أن تمشط رأسها، وتجمر ثيابها، وتذرر».
[عد، «الضعيفة» (1789)].

(Palsu)
Daripada al-Hasan bin ‘Ali RA beliau berkata: Aku mendengar bapaku berkata: Rasulullah SAW telah bersabda kepadaku: "HTarikan lelaki berpuasa yang melawat (sesuatu kaum) ialah dengan mewangikan janggutnya, menngasapkan pakaian-pakaiannya dengan wangian dan minyak wangi. Adapun tarikan perempuan berpuasa yang melawat (seuatu kaum) ialah dengan menyisir rambutnya, mengasapkan bajunya dengan wangian dan minyak wangi."
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1789].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs