Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تُحْفَةُ الصائمِ الزائرِ أن تُغَلَّفَ لِحْيتُهُ، وتُجَمَّرَ ثيابُه، ويُذَرَّرَ، وتُحْفَةُ المرأةِ الصائمةِ الزَّائرةِ أن تُمَشَّطَ رأسُها، وتُجَمَّرَ ثيابُها، وتُذَرَّرَ.
Teks Bahasa Melayu
Tarikan lelaki berpuasa yang melawat (sesuatu kaum) ialah dengan mewangikan janggutnya, menngasapkan pakaian-pakaiannya dengan wangian dan minyak wangi. Adapun tarikan perempuan berpuasa yang melawat (seuatu kaum) ialah dengan menyisir rambutnya, mengasapkan bajunya dengan wangian dan minyak wangi.
Sahabat Perawi
- al-Hasan bin ‘Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1134, hadis no. 5722. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن الحسن بن علي -رضي الله عنهما-، قال: سمعت أبي: وحدثني -يعني النبي ﷺ- يقول: «تحفة الصائم الزائر أن تغلف لحيته، وتجمر ثيابه، ويذرر، وتحفة المرأة الصائمة الزائرة أن تمشط رأسها، وتجمر ثيابها، وتذرر». [عد، «الضعيفة» (1789)].
(Palsu) Daripada al-Hasan bin ‘Ali RA beliau berkata: Aku mendengar bapaku berkata: Rasulullah SAW telah bersabda kepadaku: "HTarikan lelaki berpuasa yang melawat (sesuatu kaum) ialah dengan mewangikan janggutnya, menngasapkan pakaian-pakaiannya dengan wangian dan minyak wangi. Adapun tarikan perempuan berpuasa yang melawat (seuatu kaum) ialah dengan menyisir rambutnya, mengasapkan bajunya dengan wangian dan minyak wangi." [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1789].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman