TEKS BAHASA ARAB
ما تلف مال في بر ولا بحر إلا بمنع الزكاة؛ فحرزوا أموالكم بالزكاة، وداووا مرضاكم بالصدقة، وادفعوا عنكم طوارق البلاء بالدعاء، فإن الدعاء ينفع مما نزل، ومما لم ينزل … ما نزل يكشفه، وما لم ينزل يحبسه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Harta itu tidak rosak di darat mahupun di laut melainkan jika terhalangnya zakat. Maka jagalah harta-harta kamu dengan berzakat dan ubatilah penyakit-penyakit kamu dengan bersedekah dan bala akan menjauhi kamu dengan berdoa. Ini kerana sesungguhnya berdoa itu bermanfaat untuk apa yang telah berlaku dan apa yang belum berlaku… untuk yang telah berlaku, dengan berdoa akan menghapuskannya, dan untuk yang belum berlaku, dengan berdoa akan menghalangnya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1560, hadis nombor 7903. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبادة بن الصامت- رضي الله عنه-، مرفوعا: قال: ((ما تلف مال في بر ولا بحر إلا بمنع الزكاة؛ فحرزوا أموالكم بالزكاة، وداووا مرضاكم بالصدقة، وادفعوا عنكم طوارق البلاء بالدعاء، فإن الدعاء ينفع مما نزل، ومما لم ينزل … ما نزل يكشفه، وما لم ينزل يحبسه)). [الطبراني في (الدعاء)، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6162)].
(Munkar) Daripada Ubadah Bin al-Samit RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Harta itu tidak rosak di darat mahupun di laut melainkan jika terhalangnya zakat. Maka jagalah harta-harta kamu dengan berzakat dan ubatilah penyakit-penyakit kamu dengan bersedekah dan bala akan menjauhi kamu dengan berdoa. Ini kerana sesungguhnya berdoa itu bermanfaat untuk apa yang telah berlaku dan apa yang belum berlaku… untuk yang telah berlaku, dengan berdoa akan menghapuskannya, dan untuk yang belum berlaku, dengan berdoa akan menghalangnya. [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam Kitab al-Du’a dan Ibn Asakir, lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6162].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.