Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Harta itu tidak rosak di darat mahupun di laut melainkan jika terhalangnya zakat

Teks Bahasa Arab

ما تَلِفَ مالٌ في بَرٍّ ولا بَحْرٍ إلا بمنع الزكاة؛ فَحَرِّزوا أموالكم بالزكاة، وداووا مَرْضَاكم بالصدقة، وادفعوا عنكم طَوَارِقَ البلاء بالدعاء، فإن الدعاء ينفع مما نزل، ومما لم ينزل ... ما نزل يكشفه، وما لم ينزلْ يَحْبِسُه.

Teks Bahasa Melayu

Harta itu tidak rosak di darat mahupun di laut melainkan jika terhalangnya zakat. Maka jagalah harta-harta kamu dengan berzakat dan ubatilah penyakit-penyakit kamu dengan bersedekah dan bala akan menjauhi kamu dengan berdoa. Ini kerana sesungguhnya berdoa itu bermanfaat untuk apa yang telah berlaku dan apa yang belum berlaku… untuk yang telah berlaku, dengan berdoa akan menghapuskannya, dan untuk yang belum berlaku, dengan berdoa akan menghalangnya.

Sahabat Perawi

  1. Ubadah bin al-Samit RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1560, hadis no. 7903. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبادة بن الصامت- رضي الله عنه-، مرفوعا: ((ما تلف مال في بر ولا بحر إلا بمنع الزكاة؛ فحرزوا أموالكم بالزكاة، وداووا مرضاكم بالصدقة، وادفعوا عنكم طوارق البلاء بالدعاء، فإن الدعاء ينفع مما نزل، ومما لم ينزل ... ما نزل يكشفه، وما لم ينزل يحبسه)). [الطبراني في (الدعاء)، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6162)].

(Munkar) Daripada Ubadah bin al-Samit RA, secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Harta itu tidak rosak di darat mahupun di laut melainkan jika terhalangnya zakat. Maka jagalah harta-harta kamu dengan berzakat dan ubatilah penyakit-penyakit kamu dengan bersedekah dan bala akan menjauhi kamu dengan berdoa. Ini kerana sesungguhnya berdoa itu bermanfaat untuk apa yang telah berlaku dan apa yang belum berlaku… untuk yang telah berlaku, dengan berdoa akan menghapuskannya, dan untuk yang belum berlaku, dengan berdoa akan menghalangnya. [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam Kitab al-Du'a, Ibn Asakir, lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6162].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.