Harta dan kedudukan manusia akan dihisab pada hari kiamat oleh Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم القيامة دعى الله عز وجل بعبد من عبيده فيقف بين يديه فيسأله عن جاهه كما يسأله عن ماله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila tiba hari kiamat, Allah ‘Azza wa jalla memanggil salah seorang hamba-Nya, lalu hamba itu pun berdiri di hadapan-Nya. Lalu, Allah SWT bertanya kepadanya tentang kedudukannya sebagaimana Dia bertanya kepadanya tentang hartanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1326, hadis nombor 6769. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: إذا كان يوم القيامة دعى الله عز وجل بعبد من عبيده فيقف بين يديه فيسأله عن جاهه كما يسأله عن ماله.
[الدينوري، تمام، طص، خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2690)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila tiba hari kiamat, Allah ‘Azza wa jalla memanggil salah seorang hamba-Nya, lalu hamba itu pun berdiri di hadapan-Nya. Lalu, Allah SWT bertanya kepadanya tentang kedudukannya sebagaimana Dia bertanya kepadanya tentang hartanya.
[Riwayat al-Dinawari, Tamam, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2690]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.