Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما تَلِف مالٌ في بَرٍّ ولا بحرٍ إلا بِحَبْسِ الزكاةِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada harta yang binasa di darat mahupun laut kecuali ia (binasa disebabkan) zakat yang tidak ditunaikan.
Sahabat Perawi
- Ubadah bin al-Somit RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 864, hadis no. 4412. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبادة بن الصامت -رضي الله عنه- مرفوعا به: ((ما تلف مال في بر ولا بحر إلا بحبس الزكاة)). [طس، ابن أبي حاتم في ((العلل))، ((الضعيفة)) (575)].
(Munkar) Daripada Ubadah bin al-Somit RA secara marfu’: “Tidak ada harta yang binasa di darat mahupun laut kecuali ia (binasa disebabkan) zakat yang tidak ditunaikan." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Ibn Abi Hatim dalam al-Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 575].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman