Harisah menguatkan tulang belakang

TEKS BAHASA ARAB

 الهَرِيْسَةُ تَشُدُّ الظَّهْرَ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Harisah (sejenis bubur yang diperbuat daripada gandum) menguatkan tulang belakang.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Ciri 9 Hadis Seperti Pandangan Doktor

Kandungan hadis digambarkan seperti pandangan para doktor atau tip-tip seumpamanya, seperti hadis:
الهَرِيْسَةُ تَشُدُّ الظَّهْرَ
“Harisah (sejenis bubur yang diperbuat daripada gandum) menguatkan tulang belakang.”
————————————————–
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Direkodkan oleh al-‘Uqaili di dalam kitab adh-Dhu’afa’ (4/45) dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad (2/279) daripada Ibnu Jauzi di dalam kitab al-Maudhu’at (3/157-159) dengan lafaz: (Jibril memberiku makan al-harisah (sejenis bubur) supaya belakangku kuat untuk berqiamullail), Ibnu Jauzi berkata hadis ini maudhu’ (palsu). Al-Musolli berkata: Telah dijelaskan dalam bahagian ini, tidak benar walau satu dalam bab ini. Diriwayatkan di dalam kitab al-Mughni (ms.453), at-Tankit wal Ifadah (ms.137-139) dan at-Tahdis (ms.164).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon