Hari Sabtu adalah hari penipuan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: يوم السبت: يوم مكر ومكيدة، ويوم الأحد: يوم بناء وعرس، ويوم الاثنين: يوم سفر وتجارة، ويوم الثلاثاء: يوم دم، ويوم الأربعاء: يوم نحس، ويوم الخميس: يوم دخول على السلطان وقضاء الحوائج، ويوم الجمعة: يوم خطبة ونكاح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith : Hari Sabtu adalah hari penipuan, hari Ahad hari Walimah, hari Isnin hari bermusafir dan berniaga, hari Selasa hari berdarah, hari Rabu hari malang, hari Khamis hari berjumpa dengan Sultan dan menyelesaikan keperluan, hari Jumaat: Hari bertunang dan kahwin.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 437, hadis nombor 22. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن حبان عن أبي هريرة مرفوعًا. وفيه: أنهم كانوا يقولون له: في كل يوم: لم ذلك يا رسول الله؟ فيقول لكذا، وهو موضوع في إسناده: مجاهيل , ضعفاء. وَقَدْ رَوَاهُ تَمَّامٌ فِي فَوَائِدِهِ، من حديث أبي سعيد.

Diriwayatkan oleh Ibn Hibban daripada Abu Hurairah secara marfu’. Hadisnya berbunyi: Mereka berkata kepadanya, setiap hari. Mengapa begitu wahai Rasulullah. Mereka berkata kerana sebab ini. Ia palsu. Dalam sanadnya ada orang-orang yang majhul dan lemah. Diriwayatkan juga oleh Tammam dalam Fawaidnya daripada hadis Abu Said.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.