Hari Sabtu adalah hari penipuan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: يوم السبت يوم مكر وخديعة ويوم الأحد يوم غرس وبناء ويوم الاثنين يوم سفر وطلب رزق ويوم الثلاثاء يوم حديد وبأس والأربعاء لا أخذ ولا عطاء، والخميس يوم طلب الحوائج والجمعة يوم خطبة النكاح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Hari Sabtu adalah hari penipuan dan khianat, hari Ahad adalah hari walimah, hari Isnin hari bermusafir dan mencari rezeki, hari Selasa adalah hari kekuatan dan keberanian, hari Rabu adalah hari yang tiada pengambilan dan pemberian, hari Khamis adalah hari menyelesaikan keperluan, hari Jumaat adalah hari bertunang dan kahwin.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 230, hadis nombor 741. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال: أخرجه أبو يعلى من حديث ابن عباس: ضعيف أيضا.

Diriwayatkan oleh Abu Ya’la daripada hadith Ibn ‘Abbas, juga lemah.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs