Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: يَوْمُ السَّبْتِ: يَوْمُ مَكْرٍ وَمَكِيدَةٍ، وَيَوْمُ الأَحَدِ: يَوْمُ بِنَاءٍ وَعُرْسٍ، وَيَوْمُ الاثْنَيْنِ: يَوْمُ سَفَرٍ وَتِجَارَةٍ، وَيَوْمُ الثُّلاثَاءِ: يَوْمُ دَمٍ، وَيَوْمُ الأَرْبِعَاءِ: يَوْمُ نَحْسٍ، وَيَوْمُ الْخَمِيسِ: يَوْمُ دُخُولٍ عَلَى السُّلْطَانِ وَقَضَاءِ الْحَوَائِجِ، وَيَوْمُ الْجُمُعَةِ: يَوْمُ خِطْبَةٍ وَنِكَاحٍ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith : Hari Sabtu adalah hari penipuan, hari Ahad hari Walimah, hari Isnin hari bermusafir dan berniaga, hari Selasa hari berdarah, hari Rabu hari malang, hari Khamis hari berjumpa dengan Sultan dan menyelesaikan keperluan, hari Jumaat: Hari bertunang dan kahwin.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 437, hadis no. 22. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن حبان عن أبي هريرة مرفوعًا. وفيه: أنهم كانوا يقولون له: في كل يوم: لم ذلك يا رسول الله؟ فيقول لكذا، وهو موضوع في إسناده: مجاهيل , ضعفاء. وَقَدْ رَوَاهُ تَمَّامٌ فِي فَوَائِدِهِ، من حديث أبي سعيد.
Diriwayatkan oleh Ibn Hibban daripada Abu Hurairah secara marfu’. Hadisnya berbunyi: Mereka berkata kepadanya, setiap hari. Mengapa begitu wahai Rasulullah. Mereka berkata kerana sebab ini. Ia palsu. Dalam sanadnya ada orang-orang yang majhul dan lemah. Diriwayatkan juga oleh Tammam dalam Fawaidnya daripada hadis Abu Said.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman