Tiada asalnya

30/06/2024

minit bacaan



Hari puasa kamu adalah hari korban

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: يَوْم صومكم يَوْم نحركم. ويروى: نحركم يَوْم صومكم.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Hari puasa kamu adalah hari korban kamu.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Tiada asalnya

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 231, hadis no. 742. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا أصل لمبناه وإن صح معناه يحمل على الغالب، والله تعالى أعلم.

Tiada asalnya walaupun maknanya betul namun ditafsirkan mengikut kebanyakan, wallahu a’lam.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.