TEKS BAHASA ARAB
الساعة التي في يوم الجمعة ما بين طلوع الفجر إلى غروب الشمس.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Saat (mustajab doa) pada hari Jumaat berlaku di antara terbit mahahari dan terbenamnya mahatahari.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1895, hadis nombor 9530. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: السَّاعَةِ الَّتِي فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ بين طلوعِ الفجرِ إلى غروبِ الشمسِ.
[عق، ((الضعيفة)) (5299، 6380)]
(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Saat (mustajab doa) pada hari Jumaat berlaku di antara terbit mahahari dan terbenamnya mahatahari.”
[Riwayat al-‘Uqayli dalam al-Du‘afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6380, 5299]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.