Hari Jumaat adalah penghulu segala hari

TEKS BAHASA ARAB

سيد الأيام يوم الجمعة، وأعظمها عند الله، وأعظم عند الله – عز وجل – من يوم الفطر ويوم الأضحى، وفيه خمس خصال: خلق الله فيه آدم، وأهبط الله فيه آدم إلى الأرض، وفيه توفى الله آدم، وفيه ساعة لا يسأل العبد فيها شيئا إلا آتاه الله – تبارك وتعالى- إياه ما لم يسأل حراما، وفيه تقوم الساعة، ما من ملك مقرب، ولا سماء، ولا أرض، ولا رياح، ولا جبال، ولا بحر؛ إلا هن يشفقن من يوم الجمعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Penghulu bagi segala hari adalah hari Jumaat, ia hari paling agung di sisi Allah dan lebih agung di sisi Allah berbanding hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha. Padanya terdapat 5 keistimewaan: Allah telah menciptakan Nabi Adam AS pada hari tersebut, Allah telah mencampakkan Nabi Adam AS pada hari tersebut ke bumi, pada hari tersebut juga Allah telah mematikan Nabi Adam AS, pada hari tersebut ada satu waktu yang tidak ada sesiapa meminta sesuatu pada waktu itu melainkan Allah Tabaraka Wa Ta’ala pasti memakbulkan permintaannya selagi mana dia tidak meminta perkara haram, dan pada hari tersebut juga akan berlakunya hari kiamat; tidak ada satu pun malaikat yang hampir (dengan Tuhan), bumi, angin, bukit-bukau mahupun lautan melainkan mereka takut akan (kedatangan) hari Jumaat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1465, hadis nombor 7456. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي لبابة بن عبد المنذر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((سيد الأيام يوم الجمعة، وأعظمها عند الله، وأعظم عند الله – عز وجل – من يوم الفطر ويوم الأضحى، وفيه خمس خصال: خلق الله فيه آدم، وأهبط الله فيه آدم إلى الأرض، وفيه توفى الله آدم، وفيه ساعة لا يسأل العبد فيها شيئا إلا آتاه الله – تبارك وتعالى- إياه ما لم يسأل حراما، وفيه تقوم الساعة، ما من ملك مقرب، ولا سماء، ولا أرض، ولا رياح، ولا جبال، ولا بحر؛ إلا هن يشفقن من يوم الجمعة)). [حم، هـ، حل، ((الضعيفة))( 3726)]

(Lemah)
Daripada Abu Lubabah bin ‘Abd al-Munzir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Penghulu bagi segala hari adalah hari Jumaat, ia hari paling agung di sisi Allah dan lebih agung di sisi Allah berbanding hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha. Padanya terdapat 5 keistimewaan: Allah telah menciptakan Nabi Adam AS pada hari tersebut, Allah telah mencampakkan Nabi Adam AS pada hari tersebut ke bumi, pada hari tersebut juga Allah telah mematikan Nabi Adam AS, pada hari tersebut ada satu waktu yang tidak ada sesiapa meminta sesuatu pada waktu itu melainkan Allah Tabaraka Wa Ta’ala pasti memakbulkan permintaannya selagi mana dia tidak meminta perkara haram, dan pada hari tersebut juga akan berlakunya hari kiamat; tidak ada satu pun malaikat yang hampir (dengan Tuhan), bumi, angin, bukit-bukau mahupun lautan melainkan mereka takut akan (kedatangan) hari Jumaat.
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya, Ibn Mājah dalam Sunannya, dan Abu Nu'aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3726]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs