Hari ini adalah pertaruhan

TEKS BAHASA ARAB

اليوم الرهان، وغدا السباق، والغاية الجنة، والهالك من دخل النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hari ini adalah pertaruhan, esok adalah satu perlumbaan dan matlamatnya adalah syurga, serta yang kalah atau binasa akan masuk neraka.

STATUS

Palsu dengan lafaz lengkap ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2036 hadis nombor 10249. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا التمام)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعاً: اليوم الرهان، وغدا السباق، والغاية الجنة، والهالك من دخل النار.
[طب، عد، ابن عساكر، ابن سمعون في ((الأمالي))، ((الضعيفة)) (4872)]

(Palsu dengan lafaz lengkap ini)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hari ini adalah pertaruhan, esok adalah satu perlumbaan dan matlamatnya adalah syurga, serta yang kalah atau binasa akan masuk neraka.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, Ibn Adi, Ibn ‘Asakir, Ibn Sam’un dalam Al-Amali. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4872]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs