Palsu dengan lafaz lengkap ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اليومَ الرهانُ، وغدًا السِّباقُ، والغايةُ الجنةُ، والهالكُ منْ دخل النارَ.
Teks Bahasa Melayu
Hari ini adalah pertaruhan, esok adalah satu perlumbaan dan matlamatnya adalah syurga, serta yang kalah atau binasa akan masuk neraka.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu dengan lafaz lengkap ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2036, hadis no. 10249. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بهذا التمام) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعاً: اليوم الرهان، وغدا السباق، والغاية الجنة، والهالك من دخل النار. [طب، عد، ابن عساكر، ابن سمعون في ((الأمالي))، ((الضعيفة)) (4872)]
(Palsu dengan lafaz lengkap ini) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hari ini adalah pertaruhan, esok adalah satu perlumbaan dan matlamatnya adalah syurga, serta yang kalah atau binasa akan masuk neraka. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, Ibn Adi, Ibn ‘Asakir, Ibn Sam’un dalam Al-Amali. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4872]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman